Sunday, October 16, 2011

Lewat Musim Ini...





Wajahmu sering muncul dalam lenaku..
Tak ku sangka,lewat musim kita bertemu kembali..
Tapi hanya mata hati menjadi tafsiran antara kita..
Bergelora ombak pelbagai rasa suka dan duka..
Ku tahu kau sedih dan menderita di balik senyumanmu..
Hatiku menangis melihat dirimu di balik senyuman dan kata semangatku..
Mungkin kau tak sangka bertemu kembali,di lewat musim ini..

Bercinta denganmu kurasakan indah hari2 ku..
Kau tinggalkan aku,aku lemah tp semakin bersemangat dengan semangatmu..
Kutelusuri hari2 hidupku dgn kesedihan berpanjangan..
Mujur iman masih menjadi tunjang hidupku..
Jika tidak pasti aku hanyut..
Tapi segala kenangan yg kau berikan..
Ku cabar diriku mengejar bahagia HAKIKI..

Lewat musim ini..
Aku tahu ada sesuatu dalam hatimu untukku..
Tapi kau tak mampu berkata2 saat aku didepan matamu..
Hanya mata hati antara kita menjadi lisan sesama sendiri..
Kau cuba menyatakan,aku memahaminya..

Kini,kau tiada lagi..
Wajahmu masih sering muncul dalam lenaku..
Namamu masih terukir dalam hatiku..
Kemas bersama segala kenangan yg kau berikan..
Walaupun ianya kenangan memeritkan..
Tapi jiwaku tersenyum bila sebaris namamu ku sebut..
Cinta itu bukan milik kita..

Al-Fatiha..
Desa Idaman
1July 2011,8.47 am..

1 comment:

Azlina Idris said...

Inilah tanda cintaku padamu,segalanya ku maafkan buat dirimu syg,damailah dikau disana..