Thursday, December 31, 2009

Dorani bay resort...








Seronok aku bawak family jalan2..walaupun aku demam,tp aku puas...melayan ragam anak buah aku..pening pale cik alin nie...baik zafar,dina,insyirah...auntie pening...tp puas n seronok...

merry x'mas




Time nie merayau2 kt THE CURVE ngan dak umah n dayah...sehari suntuk berjalan,pastu tgok movie..hohohohoho..seronok sangat2,lama x amik angin luar..bukan selalu dapat bersama cmni!!asyik sibuk kerja jer...cantik betul diorang buat decoration...apa pun 'KITA ENJOY"

ANNUAL DINNER 2009 "PIRATES OF CARRIBEAN"




Tahun nie annual dinner HSBC pirates,adeh...punya lah susah nk cari costume sbb cistume pirates sume sexy2..hahahhaa..apa nak buat pihak pengurusab dah tentukan tema..maka2 malam tu sume pirates mengamuk..hahhahahha...macam2 ragam n gaya..

AM I A ROSE??
BE A ROSE WHICH GIVES FRAGRANCE EVEN TO THOSE WHO CRUSH IT...

SUARA HATIKU..

SUARA HATIKU
Disatu saat aku rindukan masa2 lalu,ingin kuputarkan kembali kenangan silam.tapi mana mungkin aku mampu berbuat demikian..hanya kerana aku tak mahu lalui hari2 yang duka..hari2 yang duka itulah menhebatkan diriku tika ini..mungkin aku menangis tika ini tapi aku pasti tersenyum di saat aku sudah berdiri teguh..

Terlalu banyak dugaan aku lalui tapi hatiku masih tegar lagi,cuma kadang2 aku hampir2 lemas,tp mujur aku punya air mata..kulepaskan segala derita dan sakit,lalu aku bangkitkan kekuatan diriku meniti hari2 esok...



“kalaulah aku diberi satu tempoh yang agak terdahulu...Mungkin ada banyak perkara yang akan aku selesaikan dengan akal fikiran...dan kalaulah semua orang tahu akan 'BUKU KEHIDUPAN' sendiri,maka terlalu mudah sangatlah hidup ini rasanya”

aktiviti bersama keluarga HSBC






Sume pic2 ni adalah aktiviti bersama kitaorg,sentiasa bersama..kenduri kawin,riadah...inilah ahli keluarga kami..tak kira sama ada dah sudah berkeluarga atau masih bujang..tak pernah rasa terpinggir...

Saturday, November 28, 2009

Ketika Hati Menangis..

~monolog suatu malam~

Tuhanku,
ketika hati sedang menangis
hanya Engkau saja yang tahu
betapa merananya diriku
tak mungkin yang lain tahu….

Tuhanku,
ketika mereka meninggalkan aku
sendiri terkapai-kapai
ketika dunia tiada simpati
Kau tetap mendengar rintihanku
padaMu tempatku menagih kasih
ketenangan kurasa mendekatiMu
syahdu malam tak terasa sunyi..

Tuhanku,
ketika aku dalam kepayahan
keseorangan dihimpit beban derita
Kau beri aku kesabaran
pengalaman mengajar erti kematangan
lantas Kau membuka pintu hatiku
untuk memberi kemaafan
pada mereka yang pernah melukakanku..
pada mereka yang terus melukakanku…
dan pada mereka yang tersedar kerna melukakan…

Tuhanku,
ketika aku buntu
keliru dengan masa depanku
kau berikan aku kekuatan
Kau tunjukkan aku jalan
peluang kedua yang sungguh bermakna
sebagai suluh hidupku
menebus usia yang sia-sia
mengganti semalam yang pergi
memperbaiki kelemahan diri
mempelajari pengajaran dari kesilapan
menimbus kekecewaan dan dendam

Moga tiada lagi aku
bercita-cita lemas di laut
atau terlanjur menelan berlebihan pil
sungguh pelik bunyinya tetapi benar
hanya Kau saja yang mengerti
hatiku terseksa sekian lama
kini akhirnya bangkit semula
melupakan episod terakhir
dan menyambut lembaran baru…

Tuhanku Yang Maha Pengasih
rahmatMu tak terkira
syukurku melangit pun tak tercapai
sungguh aku rasa berdosa
kerana dulu sering terlalai
semoga penyesalanku kau terima…

Nukilan:
(Allahyarhamah) Anna Abadi®

Monday, August 17, 2009

Paintball kat Kuang


~havoc giler,gambar beramai2~

~ni team aku~

~masing2 kepenatan tahap melampau~


~para krew2 masukkan bullet~


Ini pulak gambar masa team building,kami..pergi ker paintball kuang..apa pun mmg best lah walaupun aku sampai lewat sbb sesat..hehehee,maklumlah jauh tempat ni tersorok,padahal tahu tmpt nie tp bila nak pergilah sesat,huhuhu..apa pun kami enjoy!

~NEW LOOK~


Aku gunting rambut nie beberapa hari sebelum persembahan teater,bukan kerana teater ni ku gunting pendek,tp kerana aku terlalu tertekan dengan keadaan sekeliling ku..ntah aku punya perangai pelik,sekian lama aku simpan rambut panjang,kini aku berambut pendek..bila tekanan dalam diriku,memang kedai gunting yang ku cari!hehehee..hatiku siapa yang tahu,aku tersenyum,hatiku menanggung sesuatu yang tak terluah..

9 TAHUN !

Tahniah kepada semua warga Suara Alam di atas kejayaan dinobatkan Johan Festival Teater Selangor 2009 bertempat di Auditorium Daeng Chelak Muzium Shah Alam bermula dari 23 jun sehingga 28 jun 2009. keputusan akhir Festival Teater Selangor 2009 adalah seperti berikut



Johan : Persatuan Kebudayaan Suara Alam ( KALUT)

Naib Johan : HIDAYAH ( Pegawai Khalwat )

Ketiga : RESAM ( Syurga atau Neraka )

Keempat : ASWA ( Cemar )

Kelima : Teater Rimba UKM ( Super Thuih & Transit Kaler Magenta )



SINOPSIS "RUN FOR YOUR WIFE @ KALUT"

Karya RAY COONEY ( terjemahan Sdra MAZLI ABD RAHMAN )

Mengisahkan seorang pemandu teksi bernama Selamat yang pulang daripada mendapat rawatan kecederaan kepalanya. Kesilapannya memberi alamat ketika membuat laporan polis dan rawatan di hospital telah membawa kekalutan kepada dirinya.

Ketika dia pulang ke rumah Bibi, Selamat telah menyedari bahawa dirinya telah tersalah rumah. Dia sepatutnya pulang ke rumah Mimi. Kehadiran Sarjan Hassan dan Adam menambah kekalutan Selamat.

Selamat menjadi lebih kalut bila pemberita hadir untuk menemuramah beliau. Sedangkan di rumah Mimi, sedang resah menunggu Selamat yang tidak pulang ke rumah. Sarjan Helmi hadir untuk membantu Mimi.

Akhirnya Bibi mengetahui rahsia Selamat dan telah pergi ke rumah Mimi untuk mendapat kepastian. Bagaimanakah Selamat menyelamatkan keadaannya itu.?



~Pelakon dan krew produksi~

~sesi latihan,sangat bersungguh~
~kadangkala hilan pertimbangan dalam watak,semuanya dugaan~
~hasil penat lelah,akhirNYAaaaaaaaaaaaaa...~

KALUT @ Run For Your Wife
Sempena Festival Teater Selangor 2009 - di nobatkan sebagai JOHAN dan bakal mewakili selangor ke saringan Festival Teater Malaysia 2010. Tahniah kpd semua....berbaloi dan terbayar segala usaha dan lelah group kami membuat latihan,amat meletihkan dengan latihan setiap malam,pada hari minggu..aku sanggup kerana minat yang mendalam..2 tahun aku berehat,kini aku kembali dengan keinginan untuk beraksi di pentas teater..ternya tidak sia2 pengorbanan yang kami lakukan..TEATER,membuatkan aku memiliki ketahanan jati diri..kepada semua pelakon dan juga krew,usaha kita masih belum berakhir,kita perlu berjuang untuk saringan ke peringkat kebangsaan!


~poster yang aku tak tetahan gelak.Kawan2 kita berjaya~~terbayar segala kepenatanaku rindu watak BIBI..ADAM(berbaju batik,PENGARAH rosli wahab-yg comel miut,WARTAWAN KALUT-berbaju putih,berjaket kulit-SARJAN HELMI,disebelahku KAK LIN-kusangka 2 rupanya 3,iskh...iskh...,SI SELAMAT yang tak selamat-berbalut di kepala,MIMI-oh maduku yg comel,yang terakhir,SARJAN HASSAN-dihujung sekali~


Profail Suara Alam
SUARA ALAM dilahirkan pada tahun 1991 setelah pendaftarannya disahkan dengan R.O.S. dengan sijil lahirnya bernombor 4961/91(selangor).

Maka bermulalah era penglibatan SUARA ALAM dalam kancah kesenian dan kebudayaan. Ia ditubuhkan adalah dengan tujuan untuk menjalankan dan memperkembangkan kegiatan budaya seperti seni teater, tarian dan silat bagi memupuk semangat muhibbah antara ahli-ahli dan amal kebajikan secara gotong royong.

Adalah menjadi harapan semoga dengan adanya usaha ini akan dapat menimbulkan kesedaran bagi semua pihak bahawa seni teater di negara kita dapat menerapkan nilai-nilai murni terhadap khalayaknya melalui komunikasinya yang tersendiri dalam menjalin kehidupan yang aman dan mengejar matlamat wawasan 2020.

Tidak ketinggalan juga tentang kesedaran rohaniah yang perlu diperingatkan supaya manusia tidak sesat dalam mengejar kemewahan dunia.

"KEKUSUTAN HATI YANG MELANDA"

~kuterima segalanya~

~masihkah ada pengharapan~

~senyumlah alin,buangkan derita mu~

Saat ni terlalu banyak kesedihan di hati aku,tak terluah rasanya hatiku ini,apa yang aku boleh buat,mengangkat tangan kepada illahi agar mengurangkan rasa sakit beban yang kutanggung,,ku penuhkan dairi kehidupanku dengan aktiviti..sedikit sebanyak dapat melupakan masalah seketika..aku rindukan dia,banyak pic2 ku sewaktu hantar si dia di airport..tp biarlah,aku bimbang ia akan memanas kan keadaan..sesungguhnya aku rindukan dia~15/6/2009..

papa..
rindu yang ada bukan sedikit,
tapi aku tahu siapa aku untukmu..
dan aku juga tahu,tiada penghujungnya..
lewat bicara denganmu,aku rasa resah,sesak dengan segala tekanan..
aku senbunyikan kesedihanku dengan senyuman..
aku tidak tahu bila lagi kita kan ketemu,
bimbang inilah,mungkin kali terakhir..

teringat pesanan mu"papa syg mama,jaga diri baik2,nti tunggu papa balik,kita jumpa lagi ya"(masihkah ada kesempatan)

Saturday, April 18, 2009

my cousin weeding

~senyum ceria merpati sejoli SHAHRUL AFFENDY & NURUL HUDA~

~fendey bersama mak suNya merangkap mama aku~


~cantik,sepadan menawan dengan warna diraja~


~pengantin peremuan menyarungkan cincin pada pengantin lelaki~

~NURUL HUDA,now im ur man!best man win~


Salam,kembali lagi...ini adalah cousin terapat ngn aku,fendey...anak ayah lang,aku.Aku sebagai penyambung kasih kepada keluarga ini,aku tak mahu kami putus kasih kerana arwah abah telah pergi..aku seperti arwah abah,walau jauh kemana merantau aku tetap akan ingat ahli keluargaku...fendey dan aku mempunyai suatu persamaan,kami suka mencari saudara,kami tidak ramai waris,tapi kami punya ramai saudara di sekitar perak..x sangka,sekejap masa berlalu,fendey dah kahwin,nasib si huda ni satu kepala denganku jugak...sok2 x lah segan nak jumpa mereka..fendey,apa pun kak alin ucapkan selamat pengantin baru,moga berkekalan hingga ke akhir hayat..amiN.

p/s:-teringat zaman kanak2 bersama fendey,hehehe..suka mandi sungai kt depan umah dia kt ampang..kawin dah..

Sunday, April 12, 2009

HaPpY birTHdaY to Me- 12 APRIL 2009



~bunga nie lak,abg izzudin bg..coz aku selalu wat kerja dgn dia;-)thanx~



~kad nie dina(anak buah aku) yang bagi beserta ngn kiss~



~pic nie jer yang ader~saat2 ini x kan kulupakan~



~sajer2 bg post control~

~happy birthday to me,happy birthday to me,happy birthday to me....~hehehhee,alamak dah tambah umur lagi lah,aiseh....kawan2 aku sume dah kawin..tinggal aku jerk! kawan2doakan aku k,semoga cepat dapat jodoh..malam,aku p sambut dengan org tersayang aku!ermm nie ah 1st time orang bawak aku p tempat paling roamntik aku rasa..x kan aku lupakan seumur hidup aku!walaupun aku tau cuma seketika...tp aku hargai kedatangannya..dier buat aku happy..tp sorry aku x amik pic tuh,biarlah ia terakam indah dalam mindaku!papa thanx k!love u..saat indah ini pasti x kan kulupakan~mama pulak bagi aku duit ke esokan harinya,katanya x tau nk beri hadiah apa..bg aku ucapan sudah memadai dr segalanya!

Best FreN weEDINg-11 April 2009



~cantik berseri,"SELAMAT PENGANTIN BARU SAHABATKU"~



~melangkah bersama,sama cantik sama padan~



~selamat sudah sahabatku menjadi isteri~


~senyuman manis bakal seorang isteri,manis sekali~


Semalam majlis perkahwinan best fren aku..aku lah tukang teman dier,maklumlah kwn2 lain sume dah kawin..so harap kan aku jer lah yang single! dr majlis khatam,nikah..akulah kawan yang ada..cuma masa nikah ada sorang kawan kami datang jugak!sedih bila tgok kawan2 dah kawin dan bakal menjalani kehidupan berumah tangga..aku doakan mereka bahagia..FIZAH & AZMAN wish both of u happy together!

Menara KL


Kali nie,boss aku bwak p Meanara KL untuk lunch time!best lah jugak sbb dpt tgok view Kl..tp food x der lah sedap mana..boleh la ;-)seronoknya!mcm2 ragam n aksi diaorang nie buat..tp aku tulis er dulu entrynya later bru upload pic2 nya sbb x transfer lg dr camera...

Tuesday, April 7, 2009

"Hot air Baloons"



Bila tunjuk ajer pic nie,tentu kalian tau kat mana kali ini aku berjalan2,hehhehe..cuma sekitar Putrajaya,aku bawa keluargaku pergi melihat "Festival Belon Panas" ;-)kami pergi 3 buah kereta dari Klang,berkumpul di rumah auntieku! seronok sgt2 berkonvoi dgn ahli2 keluargaku,seawal pagi lg mereka masak untuk akan tengahari di rumah sedara kami di Putrajaya..Menu hari itu ialah,kari ikan,gulai pisang,sambal tempoyak,ikan goreng sambal,dan ader ler menu2 tambahan untuk si kecil anak buahku!
Lama tak berkumpul,seronok sangat2..apatah lg sedaraku ini memang ternanti2 kedatangan nenek ku..macam "Perdana Menteri" lak nenek aku,huhuhuhu~ Bukan main seronok lagi mereka makan masakan nenek aku dan makcik2 aku! Sebenarnya mereka begitu menghormati nenekku kerana satu ketika dulu nenekku yang menjaga arwah ibu mereka!Tok mahku sayang..Seronok sangat2 aku kali ini dapat bersama2 ahli keluargaku,bukan senang untuk berjalan bersama2 kerana masing2 terikat dengan tugasan masing..kuharapkan ikatan kekeluarga ini akan berkekalan!Mula lah mereka bercerita kisah2 hidup mereka dulu2,kami sebagai anak seronok mendengar cerita2 mereka sewaktu kecil!kini tiba generasi kami sebagai anak untuk menabur bakti kepada ahli keluarga masing2..aku merasa puas kerana dapat menbawa mereka berkumpul beramai2..sebenarnya ikatan kasih sayang lebih penting dari segalanya!pelbagai aktiviti dilakukan bersama2,tok mah ku jugak turut serta,tapi kesian nenekku...cuba gagahkan diri walaupun dah x larat nak berjalan lagi..kena pegang,tp masih mampu berjalan..penat2,tp kita enjoy!berjaan sakan,lama diorang nih dtg kl...5 hari..tu yang lama aku tak balik kampung...dapat makan masakan nenek and mama..puhhhh(kedai punya masakan pun tak leh lawan masakan diorang)
tengoklah si bujang2nie makan,tak toleh kiri kanan...nampak sangat sedap!pelahap betul,huhuhuhu;-)sorry adik2 ku sayang....(tu adik aku yang bongsu kembar ngn cousin dier..diorang bertiga nie macam adek-beradek dah,muka pun sebijik jer..badan pun lebih kurang jer sizenya!makan2,sok2 dah kena merantau susah nak rasa masakkan orang2 tua kita! sumanyerr x sedap..
nie pulak,mak aku n auntie aku,kiranya ketua rombongan..aku pulak jadi mak supir;-)bila lagi nak berbakti,inilah masanya kan??tuan rumah pulak meriahlah sunggu,masa nak balik siap2 masak lagi jemput2 n kopi o panas,huhuhuhu!betulah kata adek sedara aku(kalau tok mah dtg,kena jogging dulu pasal nanti makan banyak,
huhuhuhu~terkenangkan ayat nie aku gelak sorang2)nie plak lah aku,asyik bebel jer citer orang lain,nieee apa kess dah ternganga lak mulut aku...penat cik alin nie,dukung muzaffar..letih pasal dier langsung tak nak berenggang dengan aku! si kakak pun melalak2 nangis nak aku dukung....cmner nak kawin,anak akak pun dah macam anak sendiri..buah hatiku!!nasib muzaffar nie tak banyak kerenah..ikut jer,tak menangis..penat tido!sumenyerr cik alinnnnnnnnnnnnnnnnn!!penat tp aku seronok sesekali meluangkan masa bersama mereka!sayang mereka!!nie lah dina,nak melalak jer taunya,nak aku dukung dier jer...nasib tak kurus cik alinn dier..hahahahhaha;-)nak tak nak kena gak dukung,lenguh tangan aku dukung dier nih>>>habis kalau aku tak larat saper lak nak dukung!!kikikiki>>apa yang penting,cik alin tetap maintain...nasib baik dier tak melalak nak instant pizza hut(kalau tak jenuh lak aku nak beratur)tu pun berjaya mengalihkan tumpuan walhal sebenarnya dina nak pizza hut tuh!nasib2...haa,ni lah belon panas tuh,huhuhu...ni Malaysia punya..best gak tgok belon nie...sedih jer belon nie kan??sesedih hati aku..hohohohoohoh..tp aku happy dpat meluangkan masa ngn family aku..ermmm...macam2 jenis belon ada,x larat aku nak upload,cuma sebahagian sajer aku upload...lambat seh nak upload,nak taip entri ni pun amik masa..huhuhu seronoknya aku...tak rugi la aku drive jauh nak dtg ke sini..lupakan segala masalah dan bergembiratengok belon nie melegakan jugak tekanan kerja..aku pun senang hati nak berjalan2 coz dah hit target awal2..gembiranya!!!!!cik alinn dah tak larat,menagntuk..nanti sambung lah..