Sunday, March 15, 2009

PergiNYa Arzmy MohammaD



Mohd Arzmy banyak menaikkan nama besar dalam dunia muzik tanah air sepanjang bersama EMI Malaysia

TENGAH malam tanggal 5 Mac lalu, industri hiburan dikejutkan dengan berita pemergian orang kuat syarikat rakaman EMI, Mohd Arzmy Mohamad. Allahyarham meninggal dunia kerana serangan jantung di Hotel Flamingo sewaktu sedang bermesyuarat mengenai beberapa projek album dan persembahan sebelum diusung ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Allahyarham berasal dari Pulau Pinang meninggalkan tiga orang anak dan baru saja menyambut ulang tahun ke-55 pada 25 Februari lalu.

Difahamkan serangan itu adalah kali kedua dialaminya selepas 14 Februari lalu dan dimasukkan ke HUKM. Bagaimanapun ketika itu, Allahyarham meminta kebenaran untuk keluar awal dari hospital kerana perlu melunaskan persiapan Majlis Pelancaran Bulan Dakwah Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), 19 Februari lalu.

Nama Mohd Arzmy mungkin tidak dikenali sangat dalam dunia hiburan kerana beliau banyak melakukan kerja di belakang tabir. Bagaimanapun, dikalangan rakan artis, wartawan hiburan dan kakitangan kakitangan perhubungan rakaman, namanya bukan asing lagi. Mesra dengan panggilan Che Mi, Allahyarham mula bertugas sebagai Artis & Reportoire di EMI sekitar tahun 1970-an dan beberapa kali meninggalkan syarikat rakaman ini dan kembali semula bertugas di tempat yang sama. Allahyarham cukup mesra dengan panggilan Che Mie.

Sepanjang bersama EMI, Allahyarham pernah terbabit dalam menguruskan promosi, pengedaran dan penerbitan album selain memperkenalkan penyanyi nama besar tanah air yang dikenali sehingga sekarang.


Antaranya ialah Datuk Sharifah Aini, Anita Sarawak, Allahyarham Sudirman, Ella, Fauziah Latiff, Rabbani, kumpulan KRU, Cromok,. Beliau pernah meninggalkan EMI pada tahun 2001 untuk menyertai KRU Records. Bagaimanapun, pada tahun 2004, Army kembali kepada EMI. Sejak itu, Allahyarham terus gigih mengembangkan dan memasarkan album penyanyi tempatan terutama yang bercorak keagamaan dan kerohanian.

Selepas mendapat sokongan daripada majikannya, Allahyarham mengedarkan cakera padat (CD) koleksi qari dan qariah tempatan yang pernah menjadi juara Musabaqah Al-Quran Antarabangsa. Di atas usahanya jugalah, EMI mengedarkan album keagamaan yang dinyanyikan oleh Yusof Islam

Menurut anak sulung Allahyarham, Al Azan Mohd Arzmy, mereka sekeluarga reda dengan kehilangan ayahanda.

Katanya, selepas ini segala tanggung jawab akan diambil alihnya.

“Apa yang saya dapat katakan, bapa (Allahyarham) sangat gembira dengan pencapaian kerja dan kebahagiaan keluarganya. Bapa juga yang paling banyak menyokong saya daripada belakang,” katanya yang kali terakhir bertemu Allahyarham pada 4 Mac lalu.

Sementara itu, Nawar Deress yang pernah berkhidmat sebagai Pengurus Promosi dan Iklan selama 10 tahun di EMI menyifatkan Allahyarham penuh dengan sifat kebapaan.

Menurutnya, dia pernah berbual dengan isteri Allahyarham yang kemudian ada memberitahu bahawa Che Mie teringin untuk pergi ke tempat yang lebih tenang.

“Mungkin apa yang disebut Allahyarham memberi maksud tersirat di sebalik pemergiannya. Sepanjang mengenali Allahyarham, dia seorang yang tegas, gila-gila dan kreatif. Malahan, ideanya sesekali akan menjadi bernas dan menjadi ikutan. Kadang-kadang, idea yang diluahkannya langsung tak pernah terfikir dek akal kami.

“Banyak kenangan yang saya kongsi bersama Allahyarham. Selalunya, kalau di bilik mesyuarat, staf EMI lain pasti berperang mulut dengannya. Pada akhirnya, kami akan mendapat hasil dan kata sepakat. Selepas mengikuti kursus pada 2002, hubungan saya dengan Allahyarham lebih rapat. Ibaratnya hubungan kami dengannya seperti bapa dan anak,” kata Nawar yang kini bertugas di unit perhubungan media di 8TV.




Kronologi:-

3/3/2009 (Isnin) ;- Aku ader call dier utk bertanya khabar,lama tidak mendengar khabar berita ayah angkat ku yang sorang nie..Lama kami berborak,satu jam..pelbagai cerita kami kongsi bersama,katanya dia mahau beri ku cd lg!!

4//3/2009 (Selasa) ;- Aku call,jika dia free aku ingin bertemu dengannya,katanya dier tidak sempat dan akan call aku balik!!

5/3/2009 (Rabu) ;- Aku menghantar sms selepas lunch,tp hanya lewat ptg baru dir reply sms ku,katanya "Sy sibuk sgt2,"i'm running out of my time" nanti saya call balik!! aku cuma membalas it's ok n take care!!

6/3/2009 (Khamis) ;- Aku mendiamkan diriku,aku bimbang menganggu dirinya..

7/3/2009 (Jumaat) ;- Aku menghantar sms bertanyakan sama ada dier ader di opis atau x kerana aku ingin singgah kerana aku dr Kajang ingin pulang ke opis..

Akhirnya,sms ku dijwp dengan panggilan..(lega mungkin dier dah x bz lg)
Rupa2 nya ia tamparan hebat bagiku, panggilan itu dr isterinya..panggilan itu buat aku kosong,dan hanya mengundang air mataku..dier telah kembali ke Rahmatullah..Pemergiannya buat aku terasa kehilangan..walau apapun,bagiku dier seorang yang amat menghormati orang,kesibukkannya tidak mebataskan diriny untuk mengingati orang2 yang dikenali...semog arwah di tempatkan di golongan org yang berman,amin Al-FATIHAH !!

Sweet memories;- he give me Sudirman cd,can found at market coz that want is only for promo not for sale!..bila dengar saje,sudah cukup buat aku terkenangkan arwah dan perangai gila2nya!masih tersimpan rapi di dalam kereta ku!