Monday, August 17, 2009

9 TAHUN !

Tahniah kepada semua warga Suara Alam di atas kejayaan dinobatkan Johan Festival Teater Selangor 2009 bertempat di Auditorium Daeng Chelak Muzium Shah Alam bermula dari 23 jun sehingga 28 jun 2009. keputusan akhir Festival Teater Selangor 2009 adalah seperti berikut



Johan : Persatuan Kebudayaan Suara Alam ( KALUT)

Naib Johan : HIDAYAH ( Pegawai Khalwat )

Ketiga : RESAM ( Syurga atau Neraka )

Keempat : ASWA ( Cemar )

Kelima : Teater Rimba UKM ( Super Thuih & Transit Kaler Magenta )



SINOPSIS "RUN FOR YOUR WIFE @ KALUT"

Karya RAY COONEY ( terjemahan Sdra MAZLI ABD RAHMAN )

Mengisahkan seorang pemandu teksi bernama Selamat yang pulang daripada mendapat rawatan kecederaan kepalanya. Kesilapannya memberi alamat ketika membuat laporan polis dan rawatan di hospital telah membawa kekalutan kepada dirinya.

Ketika dia pulang ke rumah Bibi, Selamat telah menyedari bahawa dirinya telah tersalah rumah. Dia sepatutnya pulang ke rumah Mimi. Kehadiran Sarjan Hassan dan Adam menambah kekalutan Selamat.

Selamat menjadi lebih kalut bila pemberita hadir untuk menemuramah beliau. Sedangkan di rumah Mimi, sedang resah menunggu Selamat yang tidak pulang ke rumah. Sarjan Helmi hadir untuk membantu Mimi.

Akhirnya Bibi mengetahui rahsia Selamat dan telah pergi ke rumah Mimi untuk mendapat kepastian. Bagaimanakah Selamat menyelamatkan keadaannya itu.?



~Pelakon dan krew produksi~

~sesi latihan,sangat bersungguh~
~kadangkala hilan pertimbangan dalam watak,semuanya dugaan~
~hasil penat lelah,akhirNYAaaaaaaaaaaaaa...~

KALUT @ Run For Your Wife
Sempena Festival Teater Selangor 2009 - di nobatkan sebagai JOHAN dan bakal mewakili selangor ke saringan Festival Teater Malaysia 2010. Tahniah kpd semua....berbaloi dan terbayar segala usaha dan lelah group kami membuat latihan,amat meletihkan dengan latihan setiap malam,pada hari minggu..aku sanggup kerana minat yang mendalam..2 tahun aku berehat,kini aku kembali dengan keinginan untuk beraksi di pentas teater..ternya tidak sia2 pengorbanan yang kami lakukan..TEATER,membuatkan aku memiliki ketahanan jati diri..kepada semua pelakon dan juga krew,usaha kita masih belum berakhir,kita perlu berjuang untuk saringan ke peringkat kebangsaan!


~poster yang aku tak tetahan gelak.Kawan2 kita berjaya~~terbayar segala kepenatanaku rindu watak BIBI..ADAM(berbaju batik,PENGARAH rosli wahab-yg comel miut,WARTAWAN KALUT-berbaju putih,berjaket kulit-SARJAN HELMI,disebelahku KAK LIN-kusangka 2 rupanya 3,iskh...iskh...,SI SELAMAT yang tak selamat-berbalut di kepala,MIMI-oh maduku yg comel,yang terakhir,SARJAN HASSAN-dihujung sekali~


Profail Suara Alam
SUARA ALAM dilahirkan pada tahun 1991 setelah pendaftarannya disahkan dengan R.O.S. dengan sijil lahirnya bernombor 4961/91(selangor).

Maka bermulalah era penglibatan SUARA ALAM dalam kancah kesenian dan kebudayaan. Ia ditubuhkan adalah dengan tujuan untuk menjalankan dan memperkembangkan kegiatan budaya seperti seni teater, tarian dan silat bagi memupuk semangat muhibbah antara ahli-ahli dan amal kebajikan secara gotong royong.

Adalah menjadi harapan semoga dengan adanya usaha ini akan dapat menimbulkan kesedaran bagi semua pihak bahawa seni teater di negara kita dapat menerapkan nilai-nilai murni terhadap khalayaknya melalui komunikasinya yang tersendiri dalam menjalin kehidupan yang aman dan mengejar matlamat wawasan 2020.

Tidak ketinggalan juga tentang kesedaran rohaniah yang perlu diperingatkan supaya manusia tidak sesat dalam mengejar kemewahan dunia.

No comments: