Tuesday, March 25, 2014

Good Night MH370

8 Mac 2014-24 Mac 2014 ;( Hati ini tak terkata lagi,terdiam sejenak dengan mendengar pengumuman dari Perdana Menteri..Saat ini hanya mampu berdoa semoga urusan yang seterusnya dipermudahkan...Menitis airmata ini,sakit di dada mendengar perkhabaran ini,apatah lagi ahli keluarga anak kapal dan penumpang yang terlibat.."Sesungguhnya dar Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali,cuma caranya sahaja membezakan..
Sudah pasti kita semua berharap yang terbaik dari ini,saya sendiri sukar melelapkan mata memikirkan bagaimana keadaan di dalam pesawat,Astagfirullahalazim..Allah Maha Mengetahui segalanya.Yang saya pasti tentunya anak kapal sudah melakukan yang terbaik..Inilah waktu sukar yang sedang kita hadapi,apa pun saya bangga Malaysia menguruskan pencarian insiden ini dengan baik dengan bantuan2 dari negara luar.Walupun sedikit sedih dengan pelbagai spekulasi,tohmahan dan fitnah dari mereka yang terlalu pandai membuat andaian..Pada pandangan saya ialah ,ahli keluarga MH370 adalah mereka yang berhak untuk dijaga hatinya,perasaan..
Seluruh dunia turut merasai kesedihannya,apatah lagi melihat raut2 wajah ahli keluarga,rakyat di seluruh dunia..Insiden ini meninggalkan kesan yang amat medalam pada setiap individu secara peribadinya.Ketika ini kita harus memberi ruang dan sokongan moral kepada ahli keluarga MH370.Walauapapun ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menyabung nyawa,berusaha gigih dalam usaha pencarian ini..Bukan mudah!Namun syabas pada mereka yang terlibat.Sekarang kita hanya perlu membantu mereka dengan doa,semoga kita akan menemui kesemua anak kapal dan penumpang.Ya Allah kau permudahkanlah...kepadaMu kami berserah kerana kami serba kekurangan yang Allah..Berikanlah pengakhiran yang baik walau hakikatnya pedih.Sempurnakanlah penemuan ini dengan baik dan dipermudahkan urusan mereka..
Apapun jua keadaan di dalam pesawat,kami tahu anda telah melakukan yang terbaik untuk pesawat dan juga penumpang..Kalian tetap di dalam hati di seluruh dunia..Apa pun tohmah yang mendatang anda tetap yang terbaik.Bersabung nyawa melalui getir MH370..DOA kami tetap bersama-sama warga MH370.
Apa pun segala doa dan harapanku,semoga kita diberi jalan pembukaan yang luas dalam usaha mencari MH370.Ya Allah ini adalah ujianmu,kami redha dengan setiap ujianmu..Berilah kami perkhabaran gembIra terutama untuk ahli keluarga MH370.PadaMu kami berserah.

No comments: