Saturday, April 18, 2009

my cousin weeding

~senyum ceria merpati sejoli SHAHRUL AFFENDY & NURUL HUDA~

~fendey bersama mak suNya merangkap mama aku~


~cantik,sepadan menawan dengan warna diraja~


~pengantin peremuan menyarungkan cincin pada pengantin lelaki~

~NURUL HUDA,now im ur man!best man win~


Salam,kembali lagi...ini adalah cousin terapat ngn aku,fendey...anak ayah lang,aku.Aku sebagai penyambung kasih kepada keluarga ini,aku tak mahu kami putus kasih kerana arwah abah telah pergi..aku seperti arwah abah,walau jauh kemana merantau aku tetap akan ingat ahli keluargaku...fendey dan aku mempunyai suatu persamaan,kami suka mencari saudara,kami tidak ramai waris,tapi kami punya ramai saudara di sekitar perak..x sangka,sekejap masa berlalu,fendey dah kahwin,nasib si huda ni satu kepala denganku jugak...sok2 x lah segan nak jumpa mereka..fendey,apa pun kak alin ucapkan selamat pengantin baru,moga berkekalan hingga ke akhir hayat..amiN.

p/s:-teringat zaman kanak2 bersama fendey,hehehe..suka mandi sungai kt depan umah dia kt ampang..kawin dah..

Sunday, April 12, 2009

HaPpY birTHdaY to Me- 12 APRIL 2009



~bunga nie lak,abg izzudin bg..coz aku selalu wat kerja dgn dia;-)thanx~



~kad nie dina(anak buah aku) yang bagi beserta ngn kiss~



~pic nie jer yang ader~saat2 ini x kan kulupakan~



~sajer2 bg post control~

~happy birthday to me,happy birthday to me,happy birthday to me....~hehehhee,alamak dah tambah umur lagi lah,aiseh....kawan2 aku sume dah kawin..tinggal aku jerk! kawan2doakan aku k,semoga cepat dapat jodoh..malam,aku p sambut dengan org tersayang aku!ermm nie ah 1st time orang bawak aku p tempat paling roamntik aku rasa..x kan aku lupakan seumur hidup aku!walaupun aku tau cuma seketika...tp aku hargai kedatangannya..dier buat aku happy..tp sorry aku x amik pic tuh,biarlah ia terakam indah dalam mindaku!papa thanx k!love u..saat indah ini pasti x kan kulupakan~mama pulak bagi aku duit ke esokan harinya,katanya x tau nk beri hadiah apa..bg aku ucapan sudah memadai dr segalanya!

Best FreN weEDINg-11 April 2009



~cantik berseri,"SELAMAT PENGANTIN BARU SAHABATKU"~



~melangkah bersama,sama cantik sama padan~



~selamat sudah sahabatku menjadi isteri~


~senyuman manis bakal seorang isteri,manis sekali~


Semalam majlis perkahwinan best fren aku..aku lah tukang teman dier,maklumlah kwn2 lain sume dah kawin..so harap kan aku jer lah yang single! dr majlis khatam,nikah..akulah kawan yang ada..cuma masa nikah ada sorang kawan kami datang jugak!sedih bila tgok kawan2 dah kawin dan bakal menjalani kehidupan berumah tangga..aku doakan mereka bahagia..FIZAH & AZMAN wish both of u happy together!

Menara KL


Kali nie,boss aku bwak p Meanara KL untuk lunch time!best lah jugak sbb dpt tgok view Kl..tp food x der lah sedap mana..boleh la ;-)seronoknya!mcm2 ragam n aksi diaorang nie buat..tp aku tulis er dulu entrynya later bru upload pic2 nya sbb x transfer lg dr camera...

Tuesday, April 7, 2009

"Hot air Baloons"



Bila tunjuk ajer pic nie,tentu kalian tau kat mana kali ini aku berjalan2,hehhehe..cuma sekitar Putrajaya,aku bawa keluargaku pergi melihat "Festival Belon Panas" ;-)kami pergi 3 buah kereta dari Klang,berkumpul di rumah auntieku! seronok sgt2 berkonvoi dgn ahli2 keluargaku,seawal pagi lg mereka masak untuk akan tengahari di rumah sedara kami di Putrajaya..Menu hari itu ialah,kari ikan,gulai pisang,sambal tempoyak,ikan goreng sambal,dan ader ler menu2 tambahan untuk si kecil anak buahku!
Lama tak berkumpul,seronok sangat2..apatah lg sedaraku ini memang ternanti2 kedatangan nenek ku..macam "Perdana Menteri" lak nenek aku,huhuhuhu~ Bukan main seronok lagi mereka makan masakan nenek aku dan makcik2 aku! Sebenarnya mereka begitu menghormati nenekku kerana satu ketika dulu nenekku yang menjaga arwah ibu mereka!Tok mahku sayang..Seronok sangat2 aku kali ini dapat bersama2 ahli keluargaku,bukan senang untuk berjalan bersama2 kerana masing2 terikat dengan tugasan masing..kuharapkan ikatan kekeluarga ini akan berkekalan!Mula lah mereka bercerita kisah2 hidup mereka dulu2,kami sebagai anak seronok mendengar cerita2 mereka sewaktu kecil!kini tiba generasi kami sebagai anak untuk menabur bakti kepada ahli keluarga masing2..aku merasa puas kerana dapat menbawa mereka berkumpul beramai2..sebenarnya ikatan kasih sayang lebih penting dari segalanya!pelbagai aktiviti dilakukan bersama2,tok mah ku jugak turut serta,tapi kesian nenekku...cuba gagahkan diri walaupun dah x larat nak berjalan lagi..kena pegang,tp masih mampu berjalan..penat2,tp kita enjoy!berjaan sakan,lama diorang nih dtg kl...5 hari..tu yang lama aku tak balik kampung...dapat makan masakan nenek and mama..puhhhh(kedai punya masakan pun tak leh lawan masakan diorang)
tengoklah si bujang2nie makan,tak toleh kiri kanan...nampak sangat sedap!pelahap betul,huhuhuhu;-)sorry adik2 ku sayang....(tu adik aku yang bongsu kembar ngn cousin dier..diorang bertiga nie macam adek-beradek dah,muka pun sebijik jer..badan pun lebih kurang jer sizenya!makan2,sok2 dah kena merantau susah nak rasa masakkan orang2 tua kita! sumanyerr x sedap..
nie pulak,mak aku n auntie aku,kiranya ketua rombongan..aku pulak jadi mak supir;-)bila lagi nak berbakti,inilah masanya kan??tuan rumah pulak meriahlah sunggu,masa nak balik siap2 masak lagi jemput2 n kopi o panas,huhuhuhu!betulah kata adek sedara aku(kalau tok mah dtg,kena jogging dulu pasal nanti makan banyak,
huhuhuhu~terkenangkan ayat nie aku gelak sorang2)nie plak lah aku,asyik bebel jer citer orang lain,nieee apa kess dah ternganga lak mulut aku...penat cik alin nie,dukung muzaffar..letih pasal dier langsung tak nak berenggang dengan aku! si kakak pun melalak2 nangis nak aku dukung....cmner nak kawin,anak akak pun dah macam anak sendiri..buah hatiku!!nasib muzaffar nie tak banyak kerenah..ikut jer,tak menangis..penat tido!sumenyerr cik alinnnnnnnnnnnnnnnnn!!penat tp aku seronok sesekali meluangkan masa bersama mereka!sayang mereka!!nie lah dina,nak melalak jer taunya,nak aku dukung dier jer...nasib tak kurus cik alinn dier..hahahahhaha;-)nak tak nak kena gak dukung,lenguh tangan aku dukung dier nih>>>habis kalau aku tak larat saper lak nak dukung!!kikikiki>>apa yang penting,cik alin tetap maintain...nasib baik dier tak melalak nak instant pizza hut(kalau tak jenuh lak aku nak beratur)tu pun berjaya mengalihkan tumpuan walhal sebenarnya dina nak pizza hut tuh!nasib2...haa,ni lah belon panas tuh,huhuhu...ni Malaysia punya..best gak tgok belon nie...sedih jer belon nie kan??sesedih hati aku..hohohohoohoh..tp aku happy dpat meluangkan masa ngn family aku..ermmm...macam2 jenis belon ada,x larat aku nak upload,cuma sebahagian sajer aku upload...lambat seh nak upload,nak taip entri ni pun amik masa..huhuhu seronoknya aku...tak rugi la aku drive jauh nak dtg ke sini..lupakan segala masalah dan bergembiratengok belon nie melegakan jugak tekanan kerja..aku pun senang hati nak berjalan2 coz dah hit target awal2..gembiranya!!!!!cik alinn dah tak larat,menagntuk..nanti sambung lah..

Sunday, March 15, 2009

PergiNYa Arzmy MohammaD



Mohd Arzmy banyak menaikkan nama besar dalam dunia muzik tanah air sepanjang bersama EMI Malaysia

TENGAH malam tanggal 5 Mac lalu, industri hiburan dikejutkan dengan berita pemergian orang kuat syarikat rakaman EMI, Mohd Arzmy Mohamad. Allahyarham meninggal dunia kerana serangan jantung di Hotel Flamingo sewaktu sedang bermesyuarat mengenai beberapa projek album dan persembahan sebelum diusung ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Allahyarham berasal dari Pulau Pinang meninggalkan tiga orang anak dan baru saja menyambut ulang tahun ke-55 pada 25 Februari lalu.

Difahamkan serangan itu adalah kali kedua dialaminya selepas 14 Februari lalu dan dimasukkan ke HUKM. Bagaimanapun ketika itu, Allahyarham meminta kebenaran untuk keluar awal dari hospital kerana perlu melunaskan persiapan Majlis Pelancaran Bulan Dakwah Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), 19 Februari lalu.

Nama Mohd Arzmy mungkin tidak dikenali sangat dalam dunia hiburan kerana beliau banyak melakukan kerja di belakang tabir. Bagaimanapun, dikalangan rakan artis, wartawan hiburan dan kakitangan kakitangan perhubungan rakaman, namanya bukan asing lagi. Mesra dengan panggilan Che Mi, Allahyarham mula bertugas sebagai Artis & Reportoire di EMI sekitar tahun 1970-an dan beberapa kali meninggalkan syarikat rakaman ini dan kembali semula bertugas di tempat yang sama. Allahyarham cukup mesra dengan panggilan Che Mie.

Sepanjang bersama EMI, Allahyarham pernah terbabit dalam menguruskan promosi, pengedaran dan penerbitan album selain memperkenalkan penyanyi nama besar tanah air yang dikenali sehingga sekarang.


Antaranya ialah Datuk Sharifah Aini, Anita Sarawak, Allahyarham Sudirman, Ella, Fauziah Latiff, Rabbani, kumpulan KRU, Cromok,. Beliau pernah meninggalkan EMI pada tahun 2001 untuk menyertai KRU Records. Bagaimanapun, pada tahun 2004, Army kembali kepada EMI. Sejak itu, Allahyarham terus gigih mengembangkan dan memasarkan album penyanyi tempatan terutama yang bercorak keagamaan dan kerohanian.

Selepas mendapat sokongan daripada majikannya, Allahyarham mengedarkan cakera padat (CD) koleksi qari dan qariah tempatan yang pernah menjadi juara Musabaqah Al-Quran Antarabangsa. Di atas usahanya jugalah, EMI mengedarkan album keagamaan yang dinyanyikan oleh Yusof Islam

Menurut anak sulung Allahyarham, Al Azan Mohd Arzmy, mereka sekeluarga reda dengan kehilangan ayahanda.

Katanya, selepas ini segala tanggung jawab akan diambil alihnya.

“Apa yang saya dapat katakan, bapa (Allahyarham) sangat gembira dengan pencapaian kerja dan kebahagiaan keluarganya. Bapa juga yang paling banyak menyokong saya daripada belakang,” katanya yang kali terakhir bertemu Allahyarham pada 4 Mac lalu.

Sementara itu, Nawar Deress yang pernah berkhidmat sebagai Pengurus Promosi dan Iklan selama 10 tahun di EMI menyifatkan Allahyarham penuh dengan sifat kebapaan.

Menurutnya, dia pernah berbual dengan isteri Allahyarham yang kemudian ada memberitahu bahawa Che Mie teringin untuk pergi ke tempat yang lebih tenang.

“Mungkin apa yang disebut Allahyarham memberi maksud tersirat di sebalik pemergiannya. Sepanjang mengenali Allahyarham, dia seorang yang tegas, gila-gila dan kreatif. Malahan, ideanya sesekali akan menjadi bernas dan menjadi ikutan. Kadang-kadang, idea yang diluahkannya langsung tak pernah terfikir dek akal kami.

“Banyak kenangan yang saya kongsi bersama Allahyarham. Selalunya, kalau di bilik mesyuarat, staf EMI lain pasti berperang mulut dengannya. Pada akhirnya, kami akan mendapat hasil dan kata sepakat. Selepas mengikuti kursus pada 2002, hubungan saya dengan Allahyarham lebih rapat. Ibaratnya hubungan kami dengannya seperti bapa dan anak,” kata Nawar yang kini bertugas di unit perhubungan media di 8TV.




Kronologi:-

3/3/2009 (Isnin) ;- Aku ader call dier utk bertanya khabar,lama tidak mendengar khabar berita ayah angkat ku yang sorang nie..Lama kami berborak,satu jam..pelbagai cerita kami kongsi bersama,katanya dia mahau beri ku cd lg!!

4//3/2009 (Selasa) ;- Aku call,jika dia free aku ingin bertemu dengannya,katanya dier tidak sempat dan akan call aku balik!!

5/3/2009 (Rabu) ;- Aku menghantar sms selepas lunch,tp hanya lewat ptg baru dir reply sms ku,katanya "Sy sibuk sgt2,"i'm running out of my time" nanti saya call balik!! aku cuma membalas it's ok n take care!!

6/3/2009 (Khamis) ;- Aku mendiamkan diriku,aku bimbang menganggu dirinya..

7/3/2009 (Jumaat) ;- Aku menghantar sms bertanyakan sama ada dier ader di opis atau x kerana aku ingin singgah kerana aku dr Kajang ingin pulang ke opis..

Akhirnya,sms ku dijwp dengan panggilan..(lega mungkin dier dah x bz lg)
Rupa2 nya ia tamparan hebat bagiku, panggilan itu dr isterinya..panggilan itu buat aku kosong,dan hanya mengundang air mataku..dier telah kembali ke Rahmatullah..Pemergiannya buat aku terasa kehilangan..walau apapun,bagiku dier seorang yang amat menghormati orang,kesibukkannya tidak mebataskan diriny untuk mengingati orang2 yang dikenali...semog arwah di tempatkan di golongan org yang berman,amin Al-FATIHAH !!

Sweet memories;- he give me Sudirman cd,can found at market coz that want is only for promo not for sale!..bila dengar saje,sudah cukup buat aku terkenangkan arwah dan perangai gila2nya!masih tersimpan rapi di dalam kereta ku!

Friday, February 20, 2009

Taman Burung

Seharian aku berjalan di Taman Burung.lenguh jugak kaki ni berjalan!tp seronok lak ke sana,tetiba jer hati teringin nak pergi..last pergi masa darjah 4 kalau aku x silap..apalagi kalau tak masa tuh ikut rombongan sekolah!(hehehehehe)pelbagai ilmu aku pelajari jugak,bagus jgak utk bawak anak2 ke sana..apa lagi aku dah promote kat member opis suh depa bwak anak2 depa p sana..ader kawan2 sudah pun pergi atas saranan aku..cuti kat kl pun x habis2 lagi...



~bagi burung makan~



~kolam burung bangau~



~bg burung helang makan~



~si merak sombong~



~seronok sangat2~



~mcm2 ada~



~pandai cakap hello n apa khabar~



~ostrich yang kebulur~