
Bila tunjuk ajer pic nie,tentu kalian tau kat mana kali ini aku berjalan2,hehhehe..cuma sekitar Putrajaya,aku bawa keluargaku pergi melihat "Festival Belon Panas" ;-)kami pergi 3 buah kereta dari Klang,berkumpul di rumah auntieku! seronok sgt2 berkonvoi dgn ahli2 keluargaku,seawal pagi lg mereka masak untuk akan tengahari di rumah sedara kami di Putrajaya..Menu hari itu ialah,kari ikan,gulai pisang,sambal tempoyak,ikan goreng sambal,dan ader ler menu2 tambahan untuk si kecil anak buahku!

Lama tak berkumpul,seronok sangat2..apatah lg sedaraku ini memang ternanti2 kedatangan nenek ku..macam "Perdana Menteri" lak nenek aku,huhuhuhu~ Bukan main seronok lagi mereka makan masakan nenek aku dan makcik2 aku! Sebenarnya mereka begitu menghormati nenekku kerana satu ketika dulu nenekku yang menjaga arwah ibu mereka!Tok mahku sayang..Seronok sangat2 aku kali ini dapat bersama2 ahli keluargaku,bukan senang untuk berjalan bersama2 kerana masing2 terikat dengan tugasan masing..kuharapkan ikatan kekeluarga ini akan berkekalan!Mula lah mereka bercerita kisah2 hidup mereka dulu2,kami sebagai anak seronok mendengar cerita2 mereka sewaktu kecil!kini tiba generasi kami sebagai anak untuk menabur bakti kepada ahli keluarga masing2..aku merasa puas kerana dapat menbawa mereka berkumpul beramai2..sebenarnya ikatan kasih sayang lebih penting dari segalanya!


tengoklah si bujang2nie makan,tak toleh kiri kanan...nampak sangat sedap!pelahap betul,huhuhuhu;-)sorry adik2 ku sayang....(tu adik aku yang bongsu kembar ngn cousin dier..diorang bertiga nie macam adek-beradek dah,muka pun sebijik jer..badan pun lebih kurang jer sizenya!makan2,sok2 dah kena merantau susah nak rasa masakkan orang2 tua kita! sumanyerr x sedap..

nie pulak,mak aku n auntie aku,kiranya ketua rombongan..aku pulak jadi mak supir;-)bila lagi nak berbakti,inilah masanya kan??tuan rumah pulak meriahlah sunggu,masa nak balik siap2 masak lagi jemput2 n kopi o panas,huhuhuhu!betulah kata adek sedara aku(kalau tok mah dtg,kena jogging dulu pasal nanti makan banyak,
huhuhuhu~terkenangkan ayat nie aku gelak sorang2)



No comments:
Post a Comment