Tuesday, March 25, 2014
Good Night MH370
8 Mac 2014-24 Mac 2014 ;(
Hati ini tak terkata lagi,terdiam sejenak dengan mendengar pengumuman dari Perdana Menteri..Saat ini hanya mampu berdoa semoga urusan yang seterusnya dipermudahkan...Menitis airmata ini,sakit di dada mendengar perkhabaran ini,apatah lagi ahli keluarga anak kapal dan penumpang yang terlibat.."Sesungguhnya dar Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali,cuma caranya sahaja membezakan..Sudah pasti kita semua berharap yang terbaik dari ini,saya sendiri sukar melelapkan mata memikirkan bagaimana keadaan di dalam pesawat,Astagfirullahalazim..Allah Maha Mengetahui segalanya.Yang saya pasti tentunya anak kapal sudah melakukan yang terbaik..Inilah waktu sukar yang sedang kita hadapi,apa pun saya bangga Malaysia menguruskan pencarian insiden ini dengan baik dengan bantuan2 dari negara luar.Walupun sedikit sedih dengan pelbagai spekulasi,tohmahan dan fitnah dari mereka yang terlalu pandai membuat andaian..Pada pandangan saya ialah ,ahli keluarga MH370 adalah mereka yang berhak untuk dijaga hatinya,perasaan..Seluruh dunia turut merasai kesedihannya,apatah lagi melihat raut2 wajah ahli keluarga,rakyat di seluruh dunia..Insiden ini meninggalkan kesan yang amat medalam pada setiap individu secara peribadinya.Ketika ini kita harus memberi ruang dan sokongan moral kepada ahli keluarga MH370.Walauapapun ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menyabung nyawa,berusaha gigih dalam usaha pencarian ini..Bukan mudah!Namun syabas pada mereka yang terlibat.Sekarang kita hanya perlu membantu mereka dengan doa,semoga kita akan menemui kesemua anak kapal dan penumpang.Ya Allah kau permudahkanlah...kepadaMu kami berserah kerana kami serba kekurangan yang Allah..Berikanlah pengakhiran yang baik walau hakikatnya pedih.Sempurnakanlah penemuan ini dengan baik dan dipermudahkan urusan mereka..Apapun jua keadaan di dalam pesawat,kami tahu anda telah melakukan yang terbaik untuk pesawat dan juga penumpang..Kalian tetap di dalam hati di seluruh dunia..Apa pun tohmah yang mendatang anda tetap yang terbaik.Bersabung nyawa melalui getir MH370..DOA kami tetap bersama-sama warga MH370.Apa pun segala doa dan harapanku,semoga kita diberi jalan pembukaan yang luas dalam usaha mencari MH370.Ya Allah ini adalah ujianmu,kami redha dengan setiap ujianmu..Berilah kami perkhabaran gembIra terutama untuk ahli keluarga MH370.PadaMu kami berserah.
Monday, February 10, 2014
Korea aku datang!
Berdegup kencang jantung ini,Korea??macam tak percaya..tempat satu ketika dulu kalau disebut pasti ada airmata yang bergenang,pasti ada hela nafas yang panjang,pasti ada berbagai persoalan di dalam mindaku..Benar,aku datang untuk melepaskan sesak didada,berlibur atau mejejak rasa rinduku padanya..Moga kau masih damai disana,maaf aku tak mampu melupakan segala derita,bahagia,cerita kau dan aku..Namun aku perlukan satu kekuatan yang luar biasa untuk meneruskan kehidupanku.Kesejukan yang melanda benar membuatkan perasaan rindu itu mencengkam hati,ditoreh tak berdarah tapi terasa pedihnya..Walau sedetik tak pernah kulupakan.
Aku sampai di airport Incheon,Korea pukul 8.20 pagi waktu Korea bersama dua adik angkat aku,Zira dan Syikin.Akak angkat aku bersama anak-anaknya telah menunggu kami lebih kurang 2 jam.Kami semua sangat teruja,gembira.Sejuk tapi masih tidak lagi sejuk hingga ke tulang hitam,rasa seperti di Cameron atau Genting.Perut dah berkriuk-kriuk tanda kelaparan.Kami perlukan makanan dan tak sabar untuk check in guesthouse di Sungyukwan.Di dalam bas masing-masing melayan emosi,barangkali memikirkan aktiviti kami yang mendatang.12 hari aku di sini termasuk trip ku berseorangan ke Jeju selama 4 hari.Indah sekali pemandangan tika waktu ni,waktu musim luruh..Daun-daun kekuningan di sana sini,MasyAllah cantik sungguh ciptaanNya..Bersaksikan burung-burung berkicau,kesejukan melanda,warna-warna merah,kuning,hijau,coklat di gunung,di tepi-tepi bukit..Mengkagumkan mata yang memandang,sesiapa yang memandang pun akan terpesona.Akan ku jejak di musim lain tapi bukan di waktu terdekat.In Shaa Allah.
Wajah gembira ketika sampai di Airport Incheon,Korea.
Aku bersama beg bagasiku ketika sampai di airport..Teruja ;)
Akak angkat bersama salah seorang anaknya yang setia menunggu kami,antara insan mengetahui segala sejarah kehidupanku,memahamiku..Pic lagi dua anak dia x tak ada dalam simpananku pula..tak pe nanti akan ada lagi pic kami beramai-ramai.
Inilah lagi dua gambar anak akak angkat aku,mereka yang ceria.
Roy yang kacak,menyambut ketibaan kami..dia sangat kepoh tapi malu-malu bila kami mula mengusiknya.Sampai ketemu lagi ya Roy.
Antara tempat pertama yang kami pergi,di Namdeamunsijang-Gil.
Di antara pemandangan waktu malam di sektar Seoul,cantik.
Hidangan yang kami nanti-nantikan sangat sejak di Malaysia,Spicy Octopus..Berair air mata,meleleh hingus menahan pedas,Fuyoo..Superb!Rindu Spicy Octopus nih ;)
Macam-macam tempat yang kami lawati,ternyata rakyat Korea sangat sporting..Walaupun budaya,bahasa yang berbeza mereka sangat menghormati pelancong yand datang ke negara mereka.Kadangala terasa ingin pergi jauh dari Malysia untuk menimba pengalaman bekerja bersama rakyat negara lain,mempelajari budaya negara lain.Bukan tidak bersyukur,tapi Nabi Muhammad juga pernah berkata "tidak salah untuk mengembara dan berniaga" tapi bukan menjadi kacang lupakan kulit..Jadi mulakan pengembaraan anda!
Sempat jua kami mencatatkan sesuatu untuk mengesahkan kedatangan kami,aku jua sempat menitipkan beberapa baris ayat untuk si dia walaupun aku tahu dia takkan tahu,sekurangnya ia melegakan aku.Mencatatkan sesuatu mengenangya.
Pengalaman cruise memang best,sejuk mengigil-gigil kami dibuatnya.Berbaloi rasanya walaupun meredah malam yang sejuk dan adakalanya berlari-lari anak..hahhaa;) palli...palli...kata akak angkatku..sejuk yang amat sangat!
Diantara gambar yang menjadi pilihan hatiku,terima kasih pada jurufotonya..hahaha;)jasa anda amat dikenang.
Gambar sehari terakhir bersama pemilik dan pekerja di Guesthouse yang kami tinggal.Kawan-kawanku akan pulang ke Malaysia dan Singapore awal pagi keesokkan harinya,dan aku akan memulakan pengembaraanku seorang diri ke Jeju Island.
Bermulanya pengembaraan ku seorang diri,semuanya telah ku atur sendiri,settle sebelum sehari berangkat ke bumi Korea.Terasa ingin bersendirian negara asing,merasai pengalaman..rasa gementar menyelubungi diriku!Gamble,sendiri cari pasal..hahahaha,padan muka kau Alin.Nak sangat rasa kan??
Amik kau! sepatah haram aku tak faham..yang aku tahu aku dah pergi kat reception..nasib diaorang boleh berbahasa Inggeris,kalau tak sampai ke aku kat tempat yang nak dituju,Allah Maha Pengasih,Mendengar,di hantarnya aku sorang makcik Korea masa aku tengah tunggu bus yang aku pun tak pasti yang mana,sebab basnya tak kunjung tiba..Makcik tu dengan segala susah payah cuba memahami apa yang aku cakap,kemudian yang akau tahu dia call guesthouse yang aku nak tuju,bertanya arah letaknya.Kemudian dia menahan satu bas untuk aku,dia menarik tangan aku suruh naik bas yang dia tahan.Dia berbicara dalam bahasa Korea mungkin memberitahu arah tujuku,kemudian pemandu bas itu menyuruh aku duduk di tempat duduk belakangnya..Makcik Korea,saya sangat menghargainya..Sempat saya mengucapkan terima kasih dan selamat jalan.Nikmat yang mana lagi aku harus nyatakan,Allah sentiasa membantu HambaNya dan menjaganya dengan penuh kasih.Nikmat apa lagi yang perlu di dustakan!Terima Kasih dan Syukur Ya ALLAH!
Inilah tempat guesthouse yang aku menginap,aku ambil dorm so jimat dan boleh berkenalan dengan kawan-kawan negara lain.Kebetulan sebilik dengan ku 2 orang chinese dari Kuala Lumpur.Jadi happeninglah kan,kena rest cukup sebab perjalanan mengikut bas tour memang penat sebab mengejar masa,jika anda pergi ramai-ramai bersama kawan lebih jimat untu ke Jeju.Boleh menyewa kereta dan jangan lupa apply lesen memandu antarabangsa di Malaysia.Jika seorang lebih baik ikut tour kerana tiada pengangkutan awam menuju ke tempat begini,kalau ada pun mungkin akan mengambil masa yang lama untuk menunggu.Itu ada jadual perjalanan ke tempat yang aku akan di bawa,tetapi East course terlupa aku nak snap route nya.Aku suka menginap disini,teratur,kemas,bersih dan anda boleh bekenalan dengan pelancong negara lain.
Syukur,aku tidak berseorangan!Allah sayangkan aku,di hantar dua sahabat baru untukku.Seorang dari Vietnam dan Morroco.Khaleed umpama abang kami,walupun usia muda dari kami..Dia tetap menjaga keselamatan kami,setia menunggu kami kaum hawa yang kepenatan,kata semangat Khaleed,masih terngiang kata-katanya not so far! tatakala penat lelah dan peluh menyimbah dahi kami.Jeju tidak seperti Seoul,cuacanya seperti dia Cameron.Tidak seperti hari-hari terakhir di Korea,sejuk mencengkam diri.Berbalut empat lapis baju!Kemudian kami berpisah sementara kerana kawan Vietnam kami hendak pergi ke Museum Teddy Bear,manakala aku dan Khaleed memilih untuk ke Waterfalls kerana minat kami pada alam semulajadi.Makanan halal untuk kami berdua pun Khaleed yang pilihkan untuk aku,lebih selamat vegetarian laa...Sangat bertanggungjawap!
Inilah dia peribadi Khaleed,memang menjaga keselamatan aku.Belikan buahan untuk kami..Semoga dia berjaya dalam hidupnya,aku berpesan pada dua kenalan ini,jika aku sampai ke Malaysia aku akan emailkan semua gambar-gambar ini dan aku telah menunaikan janjiku begitu juga Khaleed,cuma Khaleed minta maaf kerana terlambat mengirimkan email kerana sibuk menguruskan ahli keluarganya yang sakit.Cuma kenalan Vietnam ini menyepikan diri,sementara aku dan Khaleed sentiasa berhubung dan bertanya khabar,malah dipanjangkan persahabatan ini melalui mukabuku.Doa dan harapan moga persahabatan ini kekal dan semoga sahabat kami seorang lagi akan menghantar khabar berita.Masih menunggu email darinya!Kami berpisah kerana mereka hanya mengikut satu trip sahaja manakala aku akan meneruskan satu lagi trip.Hari kedua tour trip,sedikit sunyi tanpa kehadiran mereka berdua.Pada permulaan aku hanya menyendiri sahaja..Namun tidak lama sahaja,dalam trip kedua ada ramai warga Singapore dan juga Malaysia.Namun hanya aku seorang sahaja Melayu.Bagaimanapun mereka sangat mengambil berat tentang diriku.Ketika trip ini aku mula batuk-batuk,sakit tekak dan terasa hendak demam.Mungkin terlalu penat kerana tour yang terlalu padat.
Sangat menyeronokkan,menyaksikan pemandangan yang sungguh menakjubkan..saujana mata memandang,SubhanAllah!Indah ciptaan yang Maha Khaliq.Walaupun kesihatan sedikit merosot tapi perasaan ingin menjelajah masih kuat,sebab itulah masih gagah mendaki bukit dan juga gunung,walaupun semput.Ketika inilah aku dapat merasakan perasaan anak perantauan merasa sedih bila sakit,berjauhan dari keluarga yang tersayang.Perasaan ingin pulang ke Malaysia semakin membuak-buak saat ini..Gambar-gambar saat ini muka semakin pucat menahan sakit dek kerana batuk yang tak henti-henti.Terasa mahu menangis pula waktu sakit ini.
Sesungguhnya kenangan dan pengalaman indah di Jeju Island ni tersemat kemas dalam ingatanku.Allah Maha Besar!Aku pulang ke dari Jeju untuk kembali ke Seoul.Hari terakhir aku di Seoul,demam aku semakin menjadi-jadi lebih-lebih lagi keadaan di Seoul teramat sejuk.Benar-benar sejuk.Terpaksa menabahkan hati,tidak dapat melelapkan mata dengan tenang.Nak ambil ubat batuk pun takut khuatir tak sedar waktu untuk ke Airport Incheon sebelum Subuh.Mengigil-gigil menarik beg bagasi pada pukul 4.30 pagi..Sejuk melampau,saat ini asap berkepul sudah mula keluar dari mulut..Aku dapat merasakan salji akan turun tak lama lagi,kerana sangat lain sejuknya ketika mula-mula tiba di Seoul.Empat hari meninggalkan Seoul,keadaan sudah bertukar..pokok sudah mula tidak berdaun.
Seoul,moga kita bertemu lagi di masa dan musim yang lain pada masa akan datang!Kerana ketika kasih ku bertaut,cintaku berada disini manakala aku berada beribu batu berjauhan dengannya,hanya teknologi menjadi penghubung kami.Disini cintanya padaku bermula,dan kami juga terpisah kita cintaku pulang ke sana.
Selamat tinggal Seoul,selamat tinggal Jeju,selamat tinggal cinta..Musim luruh yang meluruhkan airmata,kenangan..menjejak waktu-waktu yang pernah satu ketika ingin aku dan kau ingin jejaki bersama,rupanya hanya aku menjejakkan kaki sendirian di bumi Korea tanpamu disisi berbekalkan segala kenangan yang abadi dan air mata.Benar hati ini terlalu merinduimu!
Disini ku menjejak,Hari-hari lalu,Mengenang kisah lama,Kau dan Aku.Damai disana cinta hatiku.Moga kita ketemu lagi..
Seluruh tempatmu telah ku jejaki,walaupun dirimu tiada disisi..Masih ada sebaris namamu disudut hatiku yang paling dalam.Walaupun sedetik rindu yang mencengkam namun terasa pedih.Doaku kasih semoga kita berjumpa di pintu syurga.Tidurlah cinta,hanya mampu aku hadiahkan Al-Fatihah dan doa dari hatiku yang tulus ini buat dirimu...
Subscribe to:
Posts (Atom)